KEARIFAN TEMPATAN DALAM KOSA KATA PERSENJATAAN MELALUI KAJIAN MANUSKRIP MS 31: SUATU PENGENALAN

Main Article Content

Filzah binti Ibrahim
Nor Farhana binti Che Mat
Wan Norasikin binti Wan Ismail
Muhammad Firdaus bin Hamdan

Abstract

ABSTRAK


Tamadun Melayu zaman lampau tidak hanya tertumpu kepada perdagangan dan pelayaran malahan juga teknik persenjataan yang sangat hebat. Ini dapat dibuktikan melalui manuskrip ilmu bedil yang membicarakan tentang operasi teknikal senjata api dan pembuatan peluru yang wujud sejak abad ke-16. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kosa kata metrologi dalam ilmu persenjataan api Melayu pada zaman dahulu. Data kajian telah diambil daripada manuskrip milik Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai sumber utama, iaitu kitab Ilmu Bedil (MS 31). Teks asal manuskrip yang ditransliterasikan kemudiannya dilaksanakan analisis filologi. Hasilnya, penyelidik telah menemukan beberapa leksikal metrologi yang boleh dikaitkan dengan kearifan tempatan Melayu dari aspek penggunaan senjata api pada zaman lampau. Kajian yang sedang dilaksanakan sangat signifikan dan dapat memberikan sumbangan yang sangat besar dalam pemerkayaan kosa kata Melayu klasik dan ilmu persejarahan Melayu.


 

Article Details

How to Cite
binti Ibrahim, F., binti Che Mat, N. F., binti Wan Ismail, W. N. and bin Hamdan, M. F. (2018) “KEARIFAN TEMPATAN DALAM KOSA KATA PERSENJATAAN MELALUI KAJIAN MANUSKRIP MS 31: SUATU PENGENALAN”, AL-Lisan International Journal for Linguistic & Literary Studies, 2(5). Available at: http://ojs.mediu.edu.my/index.php/AIJLLS/article/view/1504 (Accessed: 29September2025).
Section
Linguistic Studies

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.